Ramadhan ketika hamil...
                            

Petua ibu mengandung menghadapi bulan Ramadhan..

1)Pastikan anda bersahur dengan makanan yang sihat dan bernutrien, ini supaya anak anda tetap dibekalkan dengan tenaga walaupun dia masih didalam perut.. 

2)Mengambil susu/yogurt bagi kalsium untuk si ibu dan bayi.

3)Si ibu hendak lah mendapat tidur yang cukup ketika melalui bulan ramadhan ini bagi mengelakkan si ibu keletihan sepanjang hari.

4)Si ibu juga tidak digalakkan membebani diri dengan kerja yang berat ketika ini .Hanya kerja yang mampu sahaja digalakkan.

5)Berdoalah selalu semoga anda dapat melalui ramadhan ini dengan kuat bersama  si bayi.

6)Tidak ada halangan untuk ibu mengandung menunaikan solat terawih kerana ganjaran yang lebih besar menanti untuk mereka yang ketika hamil menunaikan solat terawih.

7)Jangan mengambil kadar makanan yang banyak ketika berbuka walaupun ketika itu nafsu makan terlalu tinggi,makanlah sekadarnya supaya anda tidak kelelahan dengan makanan.

 sekian sahaja perkongsian dari saya....


semoga ramadhan ini tidak menjadi penghalang kepadamu untuk mendekatiNYA......
..