Kuih raya Teratak Bulan 2011(Jordan)
Beginilah nasib beraya di perantauan ,membuat kuih raya mengunakan bahan2x yang ada di Jordan..Pertama kali kami akan beraya disini bersama keluarga2x di Jordan perasaan sedih memang tidak dapat diungkap lagi.Tapi inilah yang dikatakan pengalaman beraya di negara orang .
Disini saya ingin berkongsi sedikit resepi kuih raya bersama anda...yang pastinya senang dan mudah...


CORNFLAKES MADU KELAPA

Bahan-bahan :

1)350gram cornflakes
2)250gram butter
3)1/2 cawan gula halus
4)1/2 cawan madu lebah
5)ceri hiasan(saya x letak)
6)kelapa kering

Cara-cara;
-panaskan butter hingga cair
-kacaukan madu,butter dan gula sehingga sebati
-ramaskan cornflakes bersama kelapa kering sehingga sebati 
-masukkan butter,gula dan madu kedalam cornflakes
-dan masukkan kedalam cup paper dan bakar dalam 10 minit dalam suhu 180.

CORNFLAKES COKLAT

Bahan-bahan;

1)350gram cornflakes
2)coklat bar
3)2sudu besar minyak jagung


Cara-cara;

-ramas cornflakes supaya tidak kelihatan besar.
-double boilkan coklat dalam 500gram..ikut citarasa masing kalau suka bnyk boleh buat letak coklat banyak.
-setelah coklat cair masukkn minyak jagung  2 sudu besar
-kemudian gaulkan coklat dan cornflakes hingga sebati dan siap....

SARANG SEMUT

Ini resepi kuih sarang semut dari arwah mak uda saya,menjadi kegemaran saya sekeluarga ketika puasa dan raya.Cuma kuih ini sedikit berbeza benbanding kuih sarang semut yang selalu dibuat orang..dan rasanya memang sedap..

Bahan-bahan;

(Biskut)

1) 4 cawan tepung naik sendiri
2) 1 cawan tepung jagung
3) 1 cawan gula halus*
4) 1 buku mentega(250gram)*
5) 2 biji kuning telur*
6) 1 sudu tea esen vanilla

(Cream)

1) 1 buku butter(250 gram)
2) 500 gram gula aising
3) 1/4 cawan air suam
4)coklat rice

Cara-caranya:
1)
-pukul bahan bertanda * sehingga kembang dan masukkan tepung naik sendiri dan tepung jagung sedikit demi sedikit
- kemudian bentukkan dia menjadi bentuk kesukaan  anda.( saya buat bentuk bulat).
-bakar pada 160 darjah celcius dan 20 minit.

2)
-cara nak buat creamnya .pukul semua bahan untuk cream sehingga kembang.

3)setelah siap masukkan biskut kedalam paper cup dan letakkan cream dan taburkan coklat rice..
dan siap.


Kuih sarang semut yang telah siap.

kuih raya.......


sekian sahaja entri pada hari ini. kami sekeluarga mengucapkan 
 salam aidilfitri...........