Marhaba...
Tuesday, May 18, 2010
FAMILY DAY~~~SANTAI SELATAN~
Pada kali ini ku teruskan jajahan ku destinasi santai selatan yang dianjurkan oleh anak bekan johor~~memang best~~

kami bertolak pada awal pagi dalam pukul 8 la biasalah malam sebelom pergi tu ada program kat dewan abu ain beramah mesra bersama anak negeri johor tak ramai pun yang dtg malam tu~~yg specialnyer mlm tu aku yg masak mee hongkong~~heheh hebat kan~

ok sambung lagi
pagi2x tu kak mekyah hantar kat depan sinsimah kedai pakcik arab tu~pagi jumaat tu x d org sunyi je begitulah duduk kat negara arab  memang best paling aman damai hari jumaat~sbb hari jumaat diorg cuti~
sampai di sinsimah x ramai lagi yg dtg hanya dalam 5 org sahaja biasalah janji arab~~

pada pukul 7 .30 kami pun bertolak ambik pelajar di duar qubah pulak angkat2x barang so dalam pukul 8.30 kami pun bertolak la~~ perjalan mengambil masa 45mnt kejap je dah sampai~ dalam bas kami disajikan sarapan sanyora ~~sedap FAUZI AKMAL yg masak~huhuhu

Apabila sampai hanya kami sahaja yg ada tempatnya memang mengagumkan dan indah sekali~~airnyer hijau gunug ganang yg indah~~semuanya cantik~playground yg unik~~

di sinilah kami mengeratkan lagi ukhwah~

dan aktiviti yg pertama dah sampai ialah mengangkat barang dan meletakan ditempat yang sepatutnya~
dah angkat kami pun berkumpul diberikan sedikit taklimat dan nyanyi lagu negara ku dan negeri johor ~rindu sungguh time tu ~macam time skola~best2x..
selepas habis je kami diasingkan lelaki dan perempuan untuk bersukan~mulanya pelajar perempuan kene JROBIK tapi masing2x jrobik sendiri hahahhah

tapi lepas tu kami ada main sukanneka memang best hahahahah mcm kanak2x dah~
main tiup puzzle dalam tepung~~

main baling dan tangkap belon~


zaman kanak-kanak

pemandangan ~yg tetap melekat dihati~


bergambar dengan kak hanan~





begitulah sahaja ceritanya~nak cerita panjang2x x dapat x sempat~~

ok nnt jumpa lagi~~
Saturday, March 27, 2010
EPISOD 2 ..
Pada kali ini aku meneruskan ekspidisi aku ke aqaboh ,laut mati dan yang terakhir sekali dalam episod ini ialah ashabul kahfi yang dibawa oleh senior tahun lima perubatan JUST.Selepas kami bertolak dari dari petra(dalam episod sebelom ini) kami meneruskan perjalanan ke Aqobah .Ianya adalah salah satu bandar yang maju didalam Jordan.Ketika kami menjejakan kaki kami disini kami melihat Aqobah seperti Putrajaya.Bandarnya yang bersih dan pembangunan yang teratur membuatkan kami rindu Malaysia.Tingkap kereta kami buka menghirup udara segar bandar Aqobah.Perjalanan dari Petra ke Aqobah yang mengambil masa 3 jam amat memenatkan kami.







Tapi semua kepenatan terubat dengan hembusan aingin pantai di aqobah...time ni la kami semua excited dan baru tau kat aqobah tu ada pantai.tapi sedikit kecewa kerana kami sampai pada waktu malam dan tidak berkesempatan melihat keindahannya pada siang hari.Kami mula mencari tempat penginapan dengan harga yang paling murah.dan akhirnya kami dapat hotel dengan harga 6jd seorang murahkan?hehe dan selepas itu tanpa membuang masa memikirkan keadaan perot kami yang separuh demam.kami lantas dengan cepat pergi mencari kedai makan.Alhamdulilah  ada ikan masak 3 rasa la agaknya...wahh sedap sgt....yang seronoknya kan ada orang belanja kami makan pada malam itu...trima kasih doktor jasamu tetap kami kenang.Malam itu kami makan ikan,kabsah dan maqlubah semua ini adalah spesis makanan arab yang memang sedap dan tidak dilupakan.Setelah perot kami kembali pulih dari kesakitannya kaki dan mata kami mula mengatal untuk berjalan dan melihat sekelilng bandar pelancongan ini.Kami dimaklumkan oleh doktor bahawa disini terdapat sebuah tiang bendera yang tinggi dan benderanya besar ketinggiannya tidak dapat diketahui secara sah kerana kami tidak dibenarkan untuk mengukur tiang tersebut.


Kami seperti biasa la perempuankan tidak sah la kalau tidak shopping pe lagi  time la best g shopping cari baju jeans mak aii memang lawa-lawa..kami tawar la sehabis-habisan dan akhirnya dapat la kami sorang satu baju jeans untuk pakai esok.hehe sebenarnya pergi aqobah ni x d dalam list tapi dah penat sangat pergi je la aqobah.hehhehe


dah shopiing dan penat kami pergi plak check tiang bendera yang k-3 tertinggi tu.uhh memang ramai orang pada malam ni macam berada di KLCC.mengenangkan penat shopping kami pun minum sambil menikmati pantai aqobah yang tidak jelas pandangannya kerana malam.Malam tu kami minum air coklat panas dan air gas harga bese2x je...ok la...


dah penat..pe lagi balek tido le esok nak sambung lagi nak pergi laut mati pulak..hah ni yang x sabo ....selamat malam aqobah.....




hamam yang panas....


Pukul 6.30pagi kami dah bangun .excited  la katekan nak g laut mati..pagi tu dalam kul 7 kami bertolak dari aqobah ke laut mati perjalanan mengambil masa 3 jam.dan kami sampai pada pukul 10 pagi sebelom tu kami singgah ke air panas.uhh memang panas tapi kat sini ada lalat banyak tidak terhingga sebab kami pergi air panas yang tidak kene bayar free je tapi x terjage la .kalau nak tgk yang cantik belah atas sekali tapi kene bayar 10jd la kalau tak silap.ala bukan nak mandi pun tgk je...hehhehe






time nak balek..


dan sekarang ni kami bertolak pula ke tempat laut mati.tempat air panas ni berdepan dengan laut mati.
dalam beberapa minit kemudiannya kami pun sampai.
ni la laut mati.....



Laut mati...


disinila tiada kehidupan hidup. Dlmnyer kosong dan sunyi yang ada hanyalah garam dan air yang berkawan dari zaman dahulu lagi.Laut mati ni adalah tempat yang paling rendah didalam dunia yang menyebabkannya digelar tempat yang paling rendah skali.Tapi kat sini x kiralah mereka yang datang dah mandi atau belom pasti ada lalat yang mengekori kamu...

disini mengisahkan sejarah kaum terdahulu kaum Nabi Luth yang mati kerana perbuatan mereka dan mengingkari suruhan Allah.Mereka telah melakukan perkara yang dilarang Allah membuat hubugan homeseksual(hubungan sejenis) hatta sekali pun Nabi Luth menasihatkan mereka supaya kembali kepada Allah tapi mereka ingkar dan membuat perkara tersebut sehinggalah Allah menurunkan azab kepada mereka
begitu la rakan2x...kisah di laut mati.

seterusnya kami mandi  dengan rasa x saboo nak terapung.hehehe baru nak jejak kaki je dah rase dah pedih aduh tajam2x je garam kat tepi laut tu.tajam sangat kalau x pakai selipar leh luke kaki.Atas nasihat kami pun pakai selipar.hah bile dah masuk...ieee pedih x terkate la...semu pedih..hehehe pengalaman yang x leh dilupekan ada kawan saya yang dah terapungkan badan die dan sedang2x dia terapung dia dah jauh dari kami tu la excited sangat la kate.tibe-tibe die menjerit kat laut tu...kiteorg semua panik laa ingat kan lemas k ape k ..rupe2xnyer kaki die x jejak tanah hahhahaa ape lagi kami pun tarik la die ke tepi pastu dah serik terus x terapung2x berdiri je die senang hati katenyer bile kaki jejak tanah.

Ingatkan nak mandi lame2x kat sini  tapi baru 15 minit masuk dah x tahan dah.Ape lagi salin baju la nak balek ouh tapi before tu kiteorg men lumpur letak kat muke bagi cantik dan berseri 
memang best la time ni dapat buat rawatan muke.dan nak tgk kesannyer?


hah ni lepas mandi..tgk mcm ne ok?hah pe lagi jom la g laut mati....



sekarang kita g tempat len setelah penat bermandi manda...

Ashabulkahfi...tempat yang paling bersejarah.dimana kisahnyer tercatat dalam al-quran..

kami sampai di tempat ashabulkahfi pada waktu petang ni la tempat terakhir kami pergi sedihnyer...dan disinilah Allah menidurkan 7 pemuda yang melarikan diri dari raja yang zalim.
disini saya ada ambil sedikit cerita dari blog tourist guide kami

Tiga ciri utama yang dibentangkan dalam Surah Al-Kahfi adalah:- 
1. Pencahayaan pada ayat ke-17 2. Kawasannya lapang pada ayat ke-17 3. Ada tempat ibadat di atas gua pada ayat ke-21
Gambar sekadar ilustirasi bagi memudahkan pemahaman pembaca 


Pengkajian tempat berlakunya kisah ini tidak akan habis. Namun yang lebih penting adalah pengajaran yang dapat kita ambil daripada kisah pemuda yang hebat ini.

Hal ini dibentangkan dalam ayat yang ke-13 dalam surah berkenanan berbunyin begini.

"Kami kisahkan kepadamu (Muhammad) cerita ini dengan benar. Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambah pula untuk mereka petunjuk." 



dalam gambaran ini banyak bukti yang telah dikemukakan dan ada yang benar seperti mane yang disebutkan dalam ayat al-quran.
Pengalaman di ashabulkahfi ini tidak dapat kami lupakan kerana sejarahnya yang begitu memberi kesan kepada setiap manusia.

gerbang masjid ashabulkahfi.




kenangan sebelum balek....




begitula jelajah kami semua pada kali ini dalam episod 2...nantikan dalam episod 3
jarash ,ajlun , umu quwais dan ma3rikah yarmouk.




Friday, February 5, 2010
Episod 1 jElAjAh SeJaRaH iSlAm....





Buat pertama kalinya kami semua bejalan di bumi anbia ini untuk mencari ilmu yang tersembunyi dan pengajaran disebalik keangkuhan kaum terdahulu....

destinasi kami yang pertama pada episod yang pertama ini adalah PETRA..
sejarahnya.......apabila....
Peninggalan suku Nabataeans ini telah berdiri sekitar 2000 tahun yang lalu. Petra terletak di sebelah barat daya kota Jordan, sekitar 262 km sebelah selatan Amman dan 133 km sebelah utara Aqaba.

Pada masa lalu, Petra merupakan ibu kota bagi suku Natabeans yang di pimpin oleh raja Aretas IV, raja ini memerintah dari tahun 9 SM – 40 M. Petra mengalami pertumbuhan pesat pada masa pemerintahan Roma yang di pimpin kaisar Trajan pada tahun 106 M.

Namun pada tahun 363 terjadi gempa bumi dahsyat yang menghancurkan banyak sekali bangunan dan sistem saluran air yang sangat vital bagi kelangsunagn hidup masyarakat kota itu. Petra pun mulai di tinggalkan.

Pada tahun 1812, Petra di temukan kembali oleh seorang penjelajah dari Swiss bernama Johann Ludwig Burckhardt. Kini di kenal dengan nama ‘a rose-red cty half as old as time’ atau ‘kota yang setengah nya berwarna merah mawar sepanjnag waktu’. Tahun 1985, UNESCO menobatkan Petra sebagai salah satu warisan dunia.

Karena kebudayaan, arsitektur, pembangunan DAM, dan saluran airnya yang mengagumkan, sejak 7 juli 2007 petra di nobatakan sebagai salah satu dari ‘The New Seven Wonder World’ atau tujuh keajaiban baru.


Beribu manusia datang untuk melihat apakah sejarah kota yang dibanggakan ini....tapi kami semua amat kagum apabila melihat bangunan batu ini.siapa yang menyangka akan ada manusia hidup disini dan menjadikannya sebagai kota pertahanannya. Begitulah kebijaksanaan kaum terdahulu dengan kepintaran yang Allah kurniakan.


dan kami tidak melepaskan peluang untuk menungang unta.Kami dapat harga yang paling murah sekitar 6jd=rm30 memang seronok melihat kesan sejarah.setelah penat menaiki unta kami menugang kuda pula dengan harga sekitar 3jd=rm15 .memang mahal tapi ada peluang naik la kan. murah je kalau masuk PETRA ni dalam 1jd=rm5 tu harga pelajar kalau bukan pelajar mencecah berpuluh ringit.
Sunday, January 10, 2010
KeHiDuPaN
kehidupan itu indah dengan adanya cinta ,
cinta itu indah jika ada ada rasa cintanya,
cinta itu sunyi jika tiada kasih sayang,
kasih sayang itu lenyap jika kita tidak menimbulkannya,
rindu itu juga cantik ,
jika bersulam dengan ibadah,
ibadah itu masyuk dengan mendekatkan diri kepada ALLAH.

dari mana datangnya
cinta,
kasih sayang,
rindu,
masyuk?

semuanya adalah dari Allah.......
kepadanya kita datang kepadanya kita kembali...

dan jua perasaan manusia terhadap pencipta dan
manusia itu sendiri..


Followers

Powered by Blogger.

About Me

My Photo
BuLan d PaGaR BiNtaNg
Irbid, Jordan
MENUNTUT DI YARMOUK UNIVERSITY DALAM KULIAH SYARIAH, TAKHASUS FIQH USUL,GEMAR MENULIS DAN MENGEMBARA.SUDAH BERKAHWIN.
View my complete profile

Popular Posts