EPISOD 2 ..
Pada kali ini aku meneruskan ekspidisi aku ke aqaboh ,laut mati dan yang terakhir sekali dalam episod ini ialah ashabul kahfi yang dibawa oleh senior tahun lima perubatan JUST.Selepas kami bertolak dari dari petra(dalam episod sebelom ini) kami meneruskan perjalanan ke Aqobah .Ianya adalah salah satu bandar yang maju didalam Jordan.Ketika kami menjejakan kaki kami disini kami melihat Aqobah seperti Putrajaya.Bandarnya yang bersih dan pembangunan yang teratur membuatkan kami rindu Malaysia.Tingkap kereta kami buka menghirup udara segar bandar Aqobah.Perjalanan dari Petra ke Aqobah yang mengambil masa 3 jam amat memenatkan kami.







Tapi semua kepenatan terubat dengan hembusan aingin pantai di aqobah...time ni la kami semua excited dan baru tau kat aqobah tu ada pantai.tapi sedikit kecewa kerana kami sampai pada waktu malam dan tidak berkesempatan melihat keindahannya pada siang hari.Kami mula mencari tempat penginapan dengan harga yang paling murah.dan akhirnya kami dapat hotel dengan harga 6jd seorang murahkan?hehe dan selepas itu tanpa membuang masa memikirkan keadaan perot kami yang separuh demam.kami lantas dengan cepat pergi mencari kedai makan.Alhamdulilah  ada ikan masak 3 rasa la agaknya...wahh sedap sgt....yang seronoknya kan ada orang belanja kami makan pada malam itu...trima kasih doktor jasamu tetap kami kenang.Malam itu kami makan ikan,kabsah dan maqlubah semua ini adalah spesis makanan arab yang memang sedap dan tidak dilupakan.Setelah perot kami kembali pulih dari kesakitannya kaki dan mata kami mula mengatal untuk berjalan dan melihat sekelilng bandar pelancongan ini.Kami dimaklumkan oleh doktor bahawa disini terdapat sebuah tiang bendera yang tinggi dan benderanya besar ketinggiannya tidak dapat diketahui secara sah kerana kami tidak dibenarkan untuk mengukur tiang tersebut.


Kami seperti biasa la perempuankan tidak sah la kalau tidak shopping pe lagi  time la best g shopping cari baju jeans mak aii memang lawa-lawa..kami tawar la sehabis-habisan dan akhirnya dapat la kami sorang satu baju jeans untuk pakai esok.hehe sebenarnya pergi aqobah ni x d dalam list tapi dah penat sangat pergi je la aqobah.hehhehe


dah shopiing dan penat kami pergi plak check tiang bendera yang k-3 tertinggi tu.uhh memang ramai orang pada malam ni macam berada di KLCC.mengenangkan penat shopping kami pun minum sambil menikmati pantai aqobah yang tidak jelas pandangannya kerana malam.Malam tu kami minum air coklat panas dan air gas harga bese2x je...ok la...


dah penat..pe lagi balek tido le esok nak sambung lagi nak pergi laut mati pulak..hah ni yang x sabo ....selamat malam aqobah.....




hamam yang panas....


Pukul 6.30pagi kami dah bangun .excited  la katekan nak g laut mati..pagi tu dalam kul 7 kami bertolak dari aqobah ke laut mati perjalanan mengambil masa 3 jam.dan kami sampai pada pukul 10 pagi sebelom tu kami singgah ke air panas.uhh memang panas tapi kat sini ada lalat banyak tidak terhingga sebab kami pergi air panas yang tidak kene bayar free je tapi x terjage la .kalau nak tgk yang cantik belah atas sekali tapi kene bayar 10jd la kalau tak silap.ala bukan nak mandi pun tgk je...hehhehe






time nak balek..


dan sekarang ni kami bertolak pula ke tempat laut mati.tempat air panas ni berdepan dengan laut mati.
dalam beberapa minit kemudiannya kami pun sampai.
ni la laut mati.....



Laut mati...


disinila tiada kehidupan hidup. Dlmnyer kosong dan sunyi yang ada hanyalah garam dan air yang berkawan dari zaman dahulu lagi.Laut mati ni adalah tempat yang paling rendah didalam dunia yang menyebabkannya digelar tempat yang paling rendah skali.Tapi kat sini x kiralah mereka yang datang dah mandi atau belom pasti ada lalat yang mengekori kamu...

disini mengisahkan sejarah kaum terdahulu kaum Nabi Luth yang mati kerana perbuatan mereka dan mengingkari suruhan Allah.Mereka telah melakukan perkara yang dilarang Allah membuat hubugan homeseksual(hubungan sejenis) hatta sekali pun Nabi Luth menasihatkan mereka supaya kembali kepada Allah tapi mereka ingkar dan membuat perkara tersebut sehinggalah Allah menurunkan azab kepada mereka
begitu la rakan2x...kisah di laut mati.

seterusnya kami mandi  dengan rasa x saboo nak terapung.hehehe baru nak jejak kaki je dah rase dah pedih aduh tajam2x je garam kat tepi laut tu.tajam sangat kalau x pakai selipar leh luke kaki.Atas nasihat kami pun pakai selipar.hah bile dah masuk...ieee pedih x terkate la...semu pedih..hehehe pengalaman yang x leh dilupekan ada kawan saya yang dah terapungkan badan die dan sedang2x dia terapung dia dah jauh dari kami tu la excited sangat la kate.tibe-tibe die menjerit kat laut tu...kiteorg semua panik laa ingat kan lemas k ape k ..rupe2xnyer kaki die x jejak tanah hahhahaa ape lagi kami pun tarik la die ke tepi pastu dah serik terus x terapung2x berdiri je die senang hati katenyer bile kaki jejak tanah.

Ingatkan nak mandi lame2x kat sini  tapi baru 15 minit masuk dah x tahan dah.Ape lagi salin baju la nak balek ouh tapi before tu kiteorg men lumpur letak kat muke bagi cantik dan berseri 
memang best la time ni dapat buat rawatan muke.dan nak tgk kesannyer?


hah ni lepas mandi..tgk mcm ne ok?hah pe lagi jom la g laut mati....



sekarang kita g tempat len setelah penat bermandi manda...

Ashabulkahfi...tempat yang paling bersejarah.dimana kisahnyer tercatat dalam al-quran..

kami sampai di tempat ashabulkahfi pada waktu petang ni la tempat terakhir kami pergi sedihnyer...dan disinilah Allah menidurkan 7 pemuda yang melarikan diri dari raja yang zalim.
disini saya ada ambil sedikit cerita dari blog tourist guide kami

Tiga ciri utama yang dibentangkan dalam Surah Al-Kahfi adalah:- 
1. Pencahayaan pada ayat ke-17 2. Kawasannya lapang pada ayat ke-17 3. Ada tempat ibadat di atas gua pada ayat ke-21
Gambar sekadar ilustirasi bagi memudahkan pemahaman pembaca 


Pengkajian tempat berlakunya kisah ini tidak akan habis. Namun yang lebih penting adalah pengajaran yang dapat kita ambil daripada kisah pemuda yang hebat ini.

Hal ini dibentangkan dalam ayat yang ke-13 dalam surah berkenanan berbunyin begini.

"Kami kisahkan kepadamu (Muhammad) cerita ini dengan benar. Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambah pula untuk mereka petunjuk." 



dalam gambaran ini banyak bukti yang telah dikemukakan dan ada yang benar seperti mane yang disebutkan dalam ayat al-quran.
Pengalaman di ashabulkahfi ini tidak dapat kami lupakan kerana sejarahnya yang begitu memberi kesan kepada setiap manusia.

gerbang masjid ashabulkahfi.




kenangan sebelum balek....




begitula jelajah kami semua pada kali ini dalam episod 2...nantikan dalam episod 3
jarash ,ajlun , umu quwais dan ma3rikah yarmouk.