OUR FIRST BABY....


Semenjak 2 minggu lepas perut aku semakin tegang dan membesar...
abang pulak loya-loya.... dan  rase nak muntah...simptom kami ni nampak pelik .

bila rasa perut aku semakin membesar.  aku akan bertanya kepada abg .
''abang nape perut bulan(nama panggilan) besar''
nanti abang mesti jawab dengan penuh yakin
''awak dah lame x buang air tu''

dalam kepala aku fikir betul jugak....sebab dah lebih 2 hari aku  tak buang air besar...nak buang je ssh klu buang pun mesti buang angin jerk..(''.)

seminggu selepas aku rase aku tak datang periode lagi  ,
kami mengambik tindakan membeli pregnancy test  di farmasi terdekat.
orang kata,
 tindakan awal dan langkah yang terbaik untuk mengetahui peringkat kehamilan dalam usia yang awal  baik   so aku beli hanya dengan harga 1.50 jd .  
orang kata elok test time subuh  selepas bagun tido....sbb time tu horman kite masih dalam keadaan yang
 baik ....
so esoknya dalam pukul 6 pagi... 
sambil bersiap untuk bergerak ke mafraq bersama kak farhah dan abg lutfi ..
aq test la buat pregnancy test tu, first2x tu die kua 1 line jerk...dalam kepala pun ingt dah negative la .pastu   aku tinggal kan jerk kat dalam toilet tu ,tgu 5 minit bru die kua doble line....

ape lagi menjerit la aq g dkt abang....(time ni abang masih mamai lagi bgn dari tido)
''abg ,abg tgk ni dia kua double line ''

abang bgn dgn mamainyer pun ketawa besar 
''abang td bru mimpi kite dapat anak (sambil gelak besar)''

hehehhehe.....
rupanye kami bakal manjadi ayah dan ibu slepas 8 bulan berkahwin 
alhamdulilah inilah nikmat dari ALLAH .....

esoknya kami mengambil keputusan untuk pergi ke klinik swasta bagi pengesahan aku mengandung...
time ni berdebar dan kecut perut kami dibuatnya almaklumla bakal menjadi ibu dan ayah semakin besar  tanggungjawab  kami pada keluarga .selepas kelas ahkam tarikat dalam pukul 11 kami bergerak ke balad untuk mencari klnik yang telah diberitahu oleh kawan abang . Klinik ni selalu menjadi pusat rujukan pelajar malaysia di Jordan kerana doktornya yang baik dan sentiasa mengambil berat.
Doktor Lina namanya..selepas setengah jam menunggu  di ruang menunggu klinik tersebut masih tutup.Seorang doktor bersebelah klinik  Doktor Lina telah memaklumkan bahawa dia telah meninggal dunia semalamnya..kami terkejut dan terkesima kerana sahabat kami yang baru lepas bersalin  disambut olehnya sendiri.
  
''awak nak jumpa doktor sape?''
''kami nak jumpa dr.lina''
''ouhh dr lina?die baru jerk meninggal semalam''

......................
binggung tak tahu nak buat apa..kemudiannya kami telah mendaftar di sebuah lab untuk check darah .
dengan menunggu 15 minit dan bayaran 5 jd kami dimaklumkan bahawa
''anti hamil''
alhamdulilah time ni rasa nak menjerit je..seterusnya kami berjumpa Doktor Ahlam.
dengan pembayaran 10jd aku membuat scan dan mengetahui usia bayi dalam kandungan.
Hampir 10 minit kami dimaklumkan bahawa bayi kami berusia 5 minggu 6 hari.
Apabila doktor scan bayi kami tak nmpk lagi kerana usianya yang kecil .
Oleh itu,kami dikehendaki dtg kembali pada 11/4/2011.
Sebelum keluar ada membekalkan aku folic asid sebagai makanan sampingan untuk bayi. 




baby yg berumur 6 minggu

time ni seronok sgt kami bakal menjadi ibu dan ayah ...

ouh lagi satu lp nak cerita pasal barat badan aq.
lepas kawin        = 45kg
ada baby minggu k4 =50 kg
baby minggu k5 =52kg

peningkatan yang amat mendadak.....

sekian......31/3/2011