Pages
Marhaba...
Saturday, August 27, 2011
Beginilah nasib beraya di perantauan ,membuat kuih raya mengunakan bahan2x yang ada di Jordan..Pertama kali kami akan beraya disini bersama keluarga2x di Jordan perasaan sedih memang tidak dapat diungkap lagi.Tapi inilah yang dikatakan pengalaman beraya di negara orang .
Disini saya ingin berkongsi sedikit resepi kuih raya bersama anda...yang pastinya senang dan mudah...
CORNFLAKES MADU KELAPA
Bahan-bahan :
1)350gram cornflakes
2)250gram butter
3)1/2 cawan gula halus
4)1/2 cawan madu lebah
5)ceri hiasan(saya x letak)
6)kelapa kering
Cara-cara;
-panaskan butter hingga cair
-kacaukan madu,butter dan gula sehingga sebati
-ramaskan cornflakes bersama kelapa kering sehingga sebati
-masukkan butter,gula dan madu kedalam cornflakes
-dan masukkan kedalam cup paper dan bakar dalam 10 minit dalam suhu 180.
CORNFLAKES COKLAT
Bahan-bahan;
1)350gram cornflakes
2)coklat bar
3)2sudu besar minyak jagung
Cara-cara;
-ramas cornflakes supaya tidak kelihatan besar.
-double boilkan coklat dalam 500gram..ikut citarasa masing kalau suka bnyk boleh buat letak coklat banyak.
-setelah coklat cair masukkn minyak jagung 2 sudu besar
-kemudian gaulkan coklat dan cornflakes hingga sebati dan siap....
SARANG SEMUT
Ini resepi kuih sarang semut dari arwah mak uda saya,menjadi kegemaran saya sekeluarga ketika puasa dan raya.Cuma kuih ini sedikit berbeza benbanding kuih sarang semut yang selalu dibuat orang..dan rasanya memang sedap..
Bahan-bahan;
(Biskut)
1) 4 cawan tepung naik sendiri
2) 1 cawan tepung jagung
3) 1 cawan gula halus*
4) 1 buku mentega(250gram)*
5) 2 biji kuning telur*
6) 1 sudu tea esen vanilla
(Cream)
1) 1 buku butter(250 gram)
2) 500 gram gula aising
3) 1/4 cawan air suam
4)coklat rice
Cara-caranya:
1)
-pukul bahan bertanda * sehingga kembang dan masukkan tepung naik sendiri dan tepung jagung sedikit demi sedikit
- kemudian bentukkan dia menjadi bentuk kesukaan anda.( saya buat bentuk bulat).
-bakar pada 160 darjah celcius dan 20 minit.
2)
-cara nak buat creamnya .pukul semua bahan untuk cream sehingga kembang.
3)setelah siap masukkan biskut kedalam paper cup dan letakkan cream dan taburkan coklat rice..
dan siap.
Kuih sarang semut yang telah siap.
kuih raya.......
sekian sahaja entri pada hari ini. kami sekeluarga mengucapkan
salam aidilfitri...........
Friday, August 26, 2011
Petua ibu mengandung menghadapi bulan Ramadhan..
1)Pastikan anda bersahur dengan makanan yang sihat dan bernutrien, ini supaya anak anda tetap dibekalkan dengan tenaga walaupun dia masih didalam perut..
2)Mengambil susu/yogurt bagi kalsium untuk si ibu dan bayi.
3)Si ibu hendak lah mendapat tidur yang cukup ketika melalui bulan ramadhan ini bagi mengelakkan si ibu keletihan sepanjang hari.
4)Si ibu juga tidak digalakkan membebani diri dengan kerja yang berat ketika ini .Hanya kerja yang mampu sahaja digalakkan.
5)Berdoalah selalu semoga anda dapat melalui ramadhan ini dengan kuat bersama si bayi.
6)Tidak ada halangan untuk ibu mengandung menunaikan solat terawih kerana ganjaran yang lebih besar menanti untuk mereka yang ketika hamil menunaikan solat terawih.
7)Jangan mengambil kadar makanan yang banyak ketika berbuka walaupun ketika itu nafsu makan terlalu tinggi,makanlah sekadarnya supaya anda tidak kelelahan dengan makanan.
sekian sahaja perkongsian dari saya....
semoga ramadhan ini tidak menjadi penghalang kepadamu untuk mendekatiNYA......
..
Subscribe to:
Posts (Atom)
About Me

- BuLan d PaGaR BiNtaNg
- Irbid, Jordan
- MENUNTUT DI YARMOUK UNIVERSITY DALAM KULIAH SYARIAH, TAKHASUS FIQH USUL,GEMAR MENULIS DAN MENGEMBARA.SUDAH BERKAHWIN.
Labels
- ceritaku (2)
- coretan pendekku... (1)
- family day johor 09 (1)
- fateh (1)
- jalan-jalan (2)
- kata-kata (1)
- petua ibu hamil menghadapi ramadhan. (1)
- resepi kuih raya 2011 (1)
- ucapan hari raya (1)
Popular Posts
-
Mengapa saya ingin kongsikan cara berniaga yang menguntungkan dan memuaskan hati pelanggan? Saya perasan di jordan ini ramai penuntut malay...
-
erm...di petang hari yang redup ni mama tak tau nak tulis apa..... cuma mama nak cerita bahawa mama gembira sgt sbb dah hbs exam dan ...
-
Buat pertama kalinya kami beraya di perantauan.... .. Disini kami ingin mengucapkan: SELAMAT HARI RAYA UNTUK SEMUA KELUARGA & SAHABAT ...
-
Beginilah nasib beraya di perantauan ,membuat kuih raya mengunakan bahan2x yang ada di Jordan..Pertama kali kami akan beraya disini bersama ...
-
12.12.12 Fateh jln tanpa bantuan sesiapa sungguh mengejutkn kmi sekeluarga.tepat pukul 12 mlm fateh memberi kejutan tersebut.tahniah fateh....
-
Dah bersawang dah blog ni...... tak tahu nak tulis apa.....semenjak setahun dah x tulis blog sbb terlalu sibuk menguruskan anak kecil yg ...
-
Program MSSJ ...atau program anak melaka telah diadakan pada 14,12.12 bertempat di amman mecca mall.... Sampai2x kami terus ke musolla u...
-
Published with Blogger-droid v2.0.9
-
Pada kali ini ku teruskan jajahan ku destinasi santai selatan yang dianjurkan oleh anak bekan johor~~memang best~~ kami bertolak pada awal ...
-
Pada kali ini aku meneruskan ekspidisi aku ke aqaboh ,laut mati dan yang terakhir sekali dalam episod ini ialah ashabul kahfi yang dibawa ol...